Ahad, 4 April 2010

HARI SUKAN TADIKA AULAD

Kejohanan Sukan Tadika Aulad bagi tahun 2010 ini diadakan di Kompleks Sukan, Seksyen 15 Bandar Baru Bangi. Shamil datang lengkap dengan pakaian sukan bersama papa, mama, farhana & baby. Atok & nenek tak dapat datang sebab ikut Paksu & Maksu ke Langkawi. Shamil dapat hadiah piala tempat ke 3 bagi pertandingan lari berganti-ganti. Lepas habis sukan, mama dapat hadiah cabutan bertuah iaitu buku-buku novel. Shamil balik dengan gembira sebab dapat hadiah dan dapat bersukan bersama-sama kawan2 shamil...

Rabu, 17 Mac 2010

BERGEMBIRA DI GENTING HIGHLAND

Pada cuti sekolah bulan 3 ni, shamil ikut papa ke Genting Highland dengan mama & farhana. Abang2 & kakak2 dari SAMSMEL pun ikut sekali. Kami naik bas dari Hentian Kajang terus ke SkyWay Genting Highlands. Sampai di Genting kami pergi makan dulu pastu baru main macam2 permainan yang ada. Shamil naik keretapi ulat gonggok, naik kapal angkasa dengan mama, naik kereta dengan farhana dan macam2 lagi. best kat sana. Shamil nak datang lagi lain kali dengan papa & mama...

Selasa, 2 Februari 2010

HEPI BESDAY TO ME

Hari ni harijadi shamil yang ke 5 tahun. Sambutan harijadi tahun ni diadakan di sekolah shamil iaitu di Tadika Aulad Centre, Seksyen 3 Bandar Baru Bangi. Papa & Mama dah belikan kek & macam2 lagi makanan untuk harijadi shamil ni. Shamil seronok sebab dapat sambut harijadi dengan cikgu & kawan2 di tadika aulad. Terima kasih papa & mama sbb belikan shamil kek Ben 10 :-)

Isnin, 4 Januari 2010

KEMBALI KE TADIKA AULAD

Hari ini adalah hari pertama Shamil sekolah di Tadika Aulad bagi tahun 2010 ni. Ini tahun kedua shamil di Tadika Aulad sbb shamil dah sekolah di sini sejak tahun lepas. Tahun lepas umur shamil 4 tahun, sekarang dah 5 tahun. Tahun ni shamil masuk kelas Jannatul Makwa. Hari pertama macam kurang best sbb ramai kawan2 baru yang shamil tak kenal. Kawan2 shamil yang tahun lepas kat kelas lain. Tapi shamil dapat kawan baru nama dia Adam. Dia ada kat sebelah shamil dalam gambar ni :-)

Sabtu, 2 Januari 2010

SHAMIL DAPAT ADIK BARU

Shamil ada baby baru. Mama dah selamat melahirkan baby boy. Nama baby boy baru ni FIRDAUS SYAZANI. Mama lahirkan baby kat Hospital Putrajaya. Papa hantar mama kat hospital & malam tu gak mama bersalin. Pagi esoknya papa bawa shamil & farhana jemput baby & mama kat hospital. Shamil seronok sangat sebab sekarang shamil dah ada seorang adik perempuan dan seorang adik lelaki...