Kejohanan Sukan Tadika Aulad bagi tahun 2010 ini diadakan di Kompleks Sukan, Seksyen 15 Bandar Baru Bangi. Shamil datang lengkap dengan pakaian sukan bersama papa, mama, farhana & baby. Atok & nenek tak dapat datang sebab ikut Paksu & Maksu ke Langkawi. Shamil dapat hadiah piala tempat ke 3 bagi pertandingan lari berganti-ganti. Lepas habis sukan, mama dapat hadiah cabutan bertuah iaitu buku-buku novel. Shamil balik dengan gembira sebab dapat hadiah dan dapat bersukan bersama-sama kawan2 shamil...
Ahad, 4 April 2010
HARI SUKAN TADIKA AULAD
Rabu, 17 Mac 2010
BERGEMBIRA DI GENTING HIGHLAND
Pada cuti sekolah bulan 3 ni, shamil ikut papa ke Genting Highland dengan mama & farhana. Abang2 & kakak2 dari SAMSMEL pun ikut sekali. Kami naik bas dari Hentian Kajang terus ke SkyWay Genting Highlands. Sampai di Genting kami pergi makan dulu pastu baru main macam2 permainan yang ada. Shamil naik keretapi ulat gonggok, naik kapal angkasa dengan mama, naik kereta dengan farhana dan macam2 lagi. best kat sana. Shamil nak datang lagi lain kali dengan papa & mama...
Selasa, 2 Februari 2010
HEPI BESDAY TO ME
Isnin, 4 Januari 2010
KEMBALI KE TADIKA AULAD
Hari ini adalah hari pertama Shamil sekolah di Tadika Aulad bagi tahun 2010 ni. Ini tahun kedua shamil di Tadika Aulad sbb shamil dah sekolah di sini sejak tahun lepas. Tahun lepas umur shamil 4 tahun, sekarang dah 5 tahun. Tahun ni shamil masuk kelas Jannatul Makwa. Hari pertama macam kurang best sbb ramai kawan2 baru yang shamil tak kenal. Kawan2 shamil yang tahun lepas kat kelas lain. Tapi shamil dapat kawan baru nama dia Adam. Dia ada kat sebelah shamil dalam gambar ni :-)
Sabtu, 2 Januari 2010
SHAMIL DAPAT ADIK BARU
Shamil ada baby baru. Mama dah selamat melahirkan baby boy. Nama baby boy baru ni FIRDAUS SYAZANI. Mama lahirkan baby kat Hospital Putrajaya. Papa hantar mama kat hospital & malam tu gak mama bersalin. Pagi esoknya papa bawa shamil & farhana jemput baby & mama kat hospital. Shamil seronok sangat sebab sekarang shamil dah ada seorang adik perempuan dan seorang adik lelaki...
